HANZHALAH BIN ABI ‘AMIR
الرجل الذي غسلته ملائكة الرحمن
Bapanya Abu ‘Amir adalah seorang penentang dan penolak risalah yang disampaikan oleh Rasulullah ﷺ . Namun Allah membuka pintu hati puteranya iaitu Hanzalah untuk memeluk Islam. Disaat kebencian bapanya terhadap baginda Rasulullah ﷺ yang amat dahsyat, beliau bangkit dan mengumumkan wala’ nya secara total iaitu taat setia kepada Allah dan Rasulullah tanpa berbelah bahagi dan meminta izin untuk membunuh bapanya. Beliau mengambil sikap sedemikian setelah beliau membaca firman Allah:
لَّا تَجِدُ قَوۡمٗا يُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِ يُوَآدُّونَ مَنۡ حَآدَّ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ وَلَوۡ كَانُوٓاْ ءَابَآءَهُمۡ أَوۡ
أَبۡنَآءَهُمۡ أَوۡ إِخۡوَٰنَهُمۡ أَوۡ عَشِيرَتَهُمۡۚ أُوْلَٰٓئِكَ كَتَبَ فِي قُلُوبِهِمُ ٱلۡإِيمَٰنَ وَأَيَّدَهُم بِرُوحٖ مِّنۡهُۖ وَيُدۡخِلُهُمۡ جَنَّٰتٖ
تَجۡرِي مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَٰرُ خَٰلِدِينَ فِيهَاۚ رَضِيَ ٱللَّهُ عَنۡهُمۡ وَرَضُواْ عَنۡهُۚ أُوْلَٰٓئِكَ حِزۡبُ ٱللَّهِۚ أَلَآ إِنَّ حِزۡبَ
ٱللَّهِ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ
[Surah Al-Mujādilah: 22]
Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya; dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (ugama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (ugama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya.
قُلۡ إِن كَانَ ءَابَآؤُكُمۡ وَأَبۡنَآؤُكُمۡ وَإِخۡوَٰنُكُمۡ وَأَزۡوَٰجُكُمۡ وَعَشِيرَتُكُمۡ وَأَمۡوَٰلٌ ٱقۡتَرَفۡتُمُوهَا وَتِجَٰرَةٞ تَخۡشَوۡنَ
كَسَادَهَا وَمَسَٰكِنُ تَرۡضَوۡنَهَآ أَحَبَّ إِلَيۡكُم مِّنَ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَجِهَادٖ فِي سَبِيلِهِۦ فَتَرَبَّصُواْ حَتَّىٰ يَأۡتِيَ ٱللَّهُ
بِأَمۡرِهِۦۗ وَٱللَّهُ لَا يَهۡدِي ٱلۡقَوۡمَ ٱلۡفَٰسِقِينَ
[Surah At-Tawbah: 24]
Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).
Hanzalah seumpama sepasang mata yang senantiasa mendampingi Rasulullah kerana beliau bercita-cita apabila ada perintah atau arahan datangnya dari Rasulullah maka beliau akan terus bangkit dan laksanakan.
Waktu berlalu dan usia beliau juga meningkat maka keinginan untuk memiliki seorang isteri yang solehah dan dapat membantunya dalam urusan dunia. Akhirnya beliau menikahi Jamilah binti Abdullah bin Ubay bin Salul. Lalu beliau pun berbulan madu pada malam tersebut yang mana keesokan paginya adalah panggilan Jihad Perang Uhud.
Seusai solat subuh beliau ingin menyusul Rasulullah namun tergoda dengan isterinya sehingga sempat berhubungan badan dengannya. Setelah itu terus beliau mengambil senjatanya dan menyusul Nabi yang sedang menyiapkan barisan tentera. Disaat tentera kaum muslimin mengambil langkah mundur, Hanzalah menghadang kuda Abu Sufyan bin Harb lalu memenggal kepala kuda tersebut maka terjatuh lah Abu Sufyan ke tanah. Disaat Hanzalah ingin membunuh Abu Sufyan , muncul seorang lelaki dari kaum
kafir dan menyerang Hanzalah dan berhasil menusuk tombaknya kebadan Hanzalah.
Lalu Rasulullah saw bersabda:
“Sesungguhnya aku melihat malaikat sedang memandikan Hanzhalah bin Abi Amir di antara langit dan bumi dengan air dari awan di sebuah tempat yang terbuat dari perak.” Abu Sa’id Sai’di, RA berkata, “Ketika Baginda Rasulullah SAW berkata demikian, aku pergi melihat jenazahya. Kulihat bulir-bulir air bekas mandi menetes dari kepala Hanzalah.” Sepulang dari perang Uhud, para sahabat lalu bertanya kepada Isteri Hanzalah mengenai kabar suaminya. Isteri Hanzalah menjawab, “Ketika mendengar panggilan
perang, Hanzhalah segera keluar dalam keadaan junub dan belum sempat mandi…” Begitu hebat dan bersemangat jiwa para sahabat Rasulullah..
!!!يا ابن ارخبيل قم، نم أقل وأسرع
Wahai anak Arkhabil.bangunlah..kurangkan tidur dan bersegeralah!!!
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱسۡتَجِيبُواْ لِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ إِذَا دَعَاكُمۡ لِمَا يُحۡيِيكُمۡۖ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ يَحُولُ بَيۡنَ ٱلۡمَرۡءِ
وَقَلۡبِهِۦ وَأَنَّهُۥٓ إِلَيۡهِ تُحۡشَرُونَ[Surah Al-Anfāl: 24]
Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna; dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya, dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan.
ٱسۡتَجِيبُواْ لِرَبِّكُم مِّن قَبۡلِ أَن يَأۡتِيَ يَوۡمٞ لَّا مَرَدَّ لَهُۥ مِنَ ٱللَّهِۚ مَا لَكُم مِّن مَّلۡجَإٖ يَوۡمَئِذٖ وَمَا لَكُم مِّن نَّكِيرٖ
[Surah Ash-Shūrā: 47]
Sahut dan sambutlah seruan Tuhan kamu (yang mengajak kamu beriman), sebelum datangnya dari Allah – hari yang tidak dapat ditolak; pada hari itu tidak ada bagi kamu tempat berlindung (dari azabNya), dan tidak ada pula bagi kamu sebarang alasan untuk menafikan (kesalahan yang kamu telah lakukan).
Bersempena KAZ2 yang semakin hampir,marilah para jemaah semua.. rapatkan saf dan sahutlah cabaran untuk hadir di acara tersebut kerana ianya adalah hajat dari baginda Rasulullah sendiri yang amat kita rindukan dan sayangi.
Semoga kisah Hanzalah dapat menyuntik semangat kita untuk hadir ke acara tersebut…InsyaAllah.