ADAB, PANTANG LARANG DAN AKIBAT DI JALAN MALAMATIYYAH
-Ahmad Al Makhfi-
Nabi Khidr a.s mengatakan, bahwa malamatiyyah adalah jalan tersulit dan pahit. Kerana semakin dekat seseorang kepada si Malamatiyyah, sama saja menempelkan sekeping emas di kelopak matanya. Semakin dekat semakin tidak nampak harga dan nilainya.
Kerana Malamatiyyah bagaikan cermin. Jika yang mendekat dan memandang cermin itu cantik atau tampan, pastilah yang akan di pandang orang itu adalah keindahan.
Ada satu sifat Allah dalam diri malamatiyyah. Yakni Allah bersifat sebagaimana sangkaan hamba Nya kepada diriNya.
Sudah ramai yang pernah mendekati dan mengatakan akan berjuang bersama si malamatiyyah, tapi selalu saja mereka lupa. Bahawa apa-apa yang di ucapkan lisan dihadapan Si Malamatiyyah, hakikatnya ia tengah berucap di hadapan Allah. Semua ucapan itu akan di ujikan Allah.
Lalu, ketika ujian itu datang, mereka yang mencintai si malamatiyyah tak mampu menahan ujian dan cubaan itu. Padahal ujian dan cubaan itu datang, kerana lisan dan kata-katanya sendiri di hadapan si malamatiyyah.
Ada yang berjanji setia. Maka Allah akan ujikan kesetiaannya. Dan banyak lagi pelbagai kata-kata manis oleh murid/pengikut saat berhadapan si Malamatiyyah, yang akhirnya menjadi ujian bagi mereka kerana Allah ingin menzahirkan sebagai bukti apa yang di ucapkan lisan mereka.
Padahal, Nabi Khidr pernah berkata kepada Nabi Musa: Jangan banyak bertanya, dan jalankan saja perintah ku! Kerana perintahku datang atas perintah Allah.
Jika si Malamatiyyah itu di benci, dan mencapai angka 414 orang ahli majlis yang tidak kuat ujian, maka Si Malamatiyyah akan di bawa ke gunung Qaf bersama Nabi Khidir a.s untuk selamanya sehingga ajal. Itulah jalan dan akibat dalam Malamatiyyah.
Pada saat ini (9.1.25), sudah dalam catatan Nabi Khidr, baru ada 14 orang saja yang membenci si Malamatiyyah. Dan seramai 142 orang yang menyerah mengikuti jalan malamatiyyah tersebut.
Semoga Allah mempermudahkan jalan bagi kami sbg pengikut Ahmad Almakhfy …satu penulisan yg menyentuh perasaan…moga abah Ahmad dijaga Allah selalu