AMANAT RINGKAS SEBELUM BERANGKAT PULANG DARI ACARA KAZ 2

AMANAT RINGKAS SEBELUM BERANGKAT PULANG DARI ACARA KAZ 2
-Zaid Tsabit Assyariun-

Mursyid menyeru agar melakukan perubahan diri setelah masing-masing pulang ke rumah. Rajin membantu dalam mengurusi rumah tangga, tetap bersabar dengan karenah pasangan dan anak-anak, melakukan kebaikan kepada orang tua jika masih hidup.

Selain itu, mursyid juga mengingatkan janganlah kita cepat mengatakan sakit atau musibah ini kerana mengangkat darjatku, tapi katakan bahawa ia penghapusan dosa. Musibah yang dialami memang boleh mengangkat darjat, tapi setelah kita tiada dosa. Apakah kita yakin kita tidak pernah melakukan dosa? Setelah kita mula bertaubat dari maksiat, maka bersiaplah menghadapi ujian untuk Allah bersihkan dosa mengikut caraNya

Seterusnya, dalam soal menerima hadiah berbentuk apa pun dari orang lain, jika kita tidak gunakannya kerana sudah banyak memiliki seperti sejadah, pakaian atau apapun, maka doakanlah kebaikan pemberi hadiah tersebut tatkala memandang hadiah itu. Mendoakan kebaikan seseorang tanpa pengetahuannya adalah suatu doa yang mudah diijabah Allah.