CARA ORANG BERTAQWA MELINDUNGI RUMAH DARI SYAITAN DASIM
-kuliyyah Ahmad Almakhfi di acara KAZ-
Firman Allah:
ثُمَّ نُنَجِّى الَّذِيْنَ اتَّقَوْا
Erti: Kemudian Kami akan menyelamatkan orang-orang yang bertakwa (Maryam:72)
- Tatkala masuk ke dalam rumah, jika ketiadaan orang mungkin aja ada malaikat dan jin muslim, berilah salam ASSALAMU ALAINA WA ALA IBADILLAHISSOLIHIN…
- Saat menutupi pintu dan jendela rumah waktu maghrib, bacalah ta’awuz. Kerana setiap petang syaitan yang berkeliaran akan terhalang untuk memasukinya yang akhirnya tidak mampu kemana-mana dengan takdir tersebut.
- Jika sakit, jangan mudah menuduh berasal dari jin saka. Ia memberi ruang/kerja kepada syaitan untuk membenarkan sangkaan itu.
- Mulakan basmalah saat makan, jangan biarkan makanan dan minuman terlalu lama terdedah, melainkan menutupinya dengan membaca taawuz.
- Jangan biarkan sampah di belakang pintu atau merata-rata di rumah.
Syaitan Dasim inilah yang mengambil maklumat segala yang ada dalam hal ehwal rumahtangga manusia. Menyampaikan kepada Iblis sebarang info yang diperlukan. Dan Dasim ini jugalah yang menggangu hubungan suami isteri dan anak-anak serta mengetahui harta benda kita.
Usaha ini akan membawa ketenangan dalam rumahtangga kita dan dapat membentuk sikap taqwa yang bermula dari rumah.
-Zaid Tsabit Assyariun-