MEMELIHARA KEHARMONIAN SUAMI ISTERI
-Kuliah Ahmad al-Makhfi di acara KAZ 2-
Kekang nafsu, tundukkan nafsu, tahan pandangan mata..jadikan nafsu sebagai hamba dan terpenjara..kerana nafsu itu sentiasa ada dan takkan hilang. Cara ini juga sekaligus dapat menghalau bisikan syaitan.
Bagaikan kopi yang rasanya manis, jika makan kurma dan coklat maka kopi itu terasa pahit. Begitulah jika banyak memandang orang lain yang diharamkan, maka kurang nafsu kepada pasangan sendiri. Maka tahanlah syahwat kita dari memandang yang lain maka pasangan kita akan sentiasa berharga.