Mimbar Jumaat 10 Januari 2025 bersamaan 10 Rejab 1446

Mimbar Jumaat 10 Januari 2025 bersamaan 10 Rejab 1446

الحمدهلل القائل

أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

وَاِذْ قَالَ اِبْرٰهٖمُ رَبِّ اَرِنِيْ كَيْفَ تُحْيِ الْمَوْتٰىۗ قَالَ اَوَلَمْ تُؤْمِنْۗ قَالَ بَلٰى وَلٰكِنْ لِّيَطْمَىِٕنَّ قَلْبِيْۗ قَالَ فَخُذْ اَرْبَعَةً مِّنَ الطَّيْرِفَصُرْهُنَّ اِلَيْكَ ثُمَّ اجْعَلْ عَلٰى كُلِّ جَبَلٍ مِّنْهُنَّ جُزْءًا ثُمَّ ادْعُهُنَّ يَأْتِيْنَكَ سَعْيًاۗ وَاعْلَمْ اَنَّ اللّٰهَ عَزِيْزٌحَكِيْمٌࣖ

أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدُا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ.

 أَمَّا بَعْدُ

Jemaah Safinatus Syari’un yang dimuliakan Allah..

Marilah kita bersama sama mengucapkan kalimah syukur kehadrat Allah SWT di atas segala limpah kurniaNya dengan ucapan Alhamdulillahi rabbil ‘alamin sebagai tanda ucapan terima kasih seorang hamba kepada Tuannya.

Semoga dengan itu, dapat menambahkan lagi keimanan kita terhadap sang maha pencipta kita..Allah Azza wa Jalla dalam segala peribadatan kita.. InsyaAllah.


Mimbar Jumaat memetik sepotong ayat Al-Quran dari surah Al Baqarah ayat 260
yang bermaksud.

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim (merayu dengan) berkata: “Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-makhluk yang mati?”

Allah berfirman: “Adakah engkau belum percaya (kepada kekuasaanku)?”

Nabi Ibrahim menjawab: “Bahkan (aku percaya dan yakin), akan tetapi (aku memohon yang demikian ialah) supaya tenteram hatiku (yang amat ingin menyaksikannya)”.

Allah berfirman: “(Jika demikian), ambilah empat ekor burung, kemudian kumpulkanlah olehmu (dan cincanglah semuanya). Setelah itu letakkanlah di atas tiap-tiap sebuah bukit sebahagian daripadanya. Kemudian serulah burung-burung itu nescaya semuanya akan datang kepadamu dengan segera”. Dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Sesungguhnya peristiwa ini telah berlaku hampir 2000 tahun sebelum masehi..iaitu hampir 4000 tahun yang lalu..di mana ketika Nabi Allah Ibrahim a.s ingin menenteramkan hatinya agar semakin kuat keimanannya..maka diperlihatkan Allah akan suatu kejadian yang di luar akal manusia.. di mana empat ekor burung yang telah di potong dan diletakkan di bukit yang berbeza dengan setiap bahagian anggota
yang berbeza.. disaat Nabi Allah Ibrahim menyeru kepada burung tersebut.. maka bertebangan burung yang tadinya telah dipotong kecil..menuju kearah Nabi Ibrahim.. Allah memperlihatkan KekuasaanNya untuk menghidupkan benda yang telah mati..ianya bukan lah suatu perkara yang mustahil bagi Allah untuk menghidupkan yang mati…

Setelah hampir 4000 tahun kisah itu berlaku.. Di akhir zaman ini.. kisah seperti ini ditolak mentah-mentah oleh sebahagian manusia..khususnya kepada kaum yang menggunakan akal semata-mata dalam menolak segala bentuk dakwah dan peringatan yang pernah disampaikan oleh junjungan besar Nabi Muhammad Rasulullah صلى الله عليه وسلم .. Golongan ataupun kelompok seperti ini..sudah pasti akan mengatakan kejadian yang berlaku terhadap saudara kita adalah sesuatu yang tidak masuk akal dan sudah pasti ada yang mengatakan ianya adalah salah satu bentuk kerja sihir. Sebagaimana fitnah dan hinaan yang Rasulullah صلى الله عليه وسلم pernah lalui.. sudah pasti sebagai penerus perjuangan Dienul Haq diakhir zaman ini.. tidak akan terlepas dari tohmahan dan hinaan dari kaum yang tidak memahami dan sengaja tidak mahu menerima apa sahaja yang cuba disampaikan.


Sesungguhnya Allah SWT menjadikan pola pemikiran manusia itu berbeza beza.. maka janganlah kita terus menghukum mereka diatas ketidak tahuan mereka.. ada baiknya kita mendoakan agar mereka diberikan hidayah dan dalam masa yang sama kita mempraktikkan Akhlaqul Karimah yang dicontohkan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم agar menjadi asbab untuk mereka berubah.

Sudah pastinya pada setiap sesuatu kejadian itu mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Sebagai jemaah Safinatus Syari’un .. Allah telah menunjukkan kekuasaanNya sebagai tanda kebenaran apa yang disampaikan oleh Nabi Allah Khidr kepada Mursyid kita ..Ahmad Al-Makhfiy.. Sebagai mana yang kita sedia maklum bahawa

  • ada jemaah wanita yang telah digantikan dengan jantung yang baru..
  • ada yang jemaah kita yang mempunyai masalah pendengaran..Allah sembuhkan..
  • dan yang mutakhir .. saudara kita yang mengalami kemalangan.. hingga disahkan patah kedua kaki dan tangan.. telah sembuh seperti sediakala dengan sentuhan Nabi Allah Khidr dengan izin Allah.

Di sinilah akan berlakunya ujian yang besar… sepertimana ketika berlakunya peristiwa isra’ dan mikraj.. terdapat segelintir yang kembali murtad dan sebahagian yang lain bertambah keimanan mereka terhadap Allah dan Rasulnya. Janganlah kita dipengaruhi oleh akal dan nafsu hingga menyebabkan matinya mata hati kita dalam menerima sesuatu perkhabaran atau kebenaran ..sedangkan kita tahu tiada yang mustahil bagi Allah untuk melakukan sesuatu.

Firman Allah di dalam surah Ya Sin ayat 78-79

وَضَرَبَ لَنَا مَثَلًا وَّنَسِيَ خَلْقَهٗۗ قَالَ مَنْ يُّحْيِ الْعِظَامَ وَهِيَ رَمِيْمٌ

قُلْ يُحْيِيْهَا الَّذِيْٓ اَنْشَاَهَآ اَوَّلَ مَرَّةٍۗ وَهُوَ بِكُلِّ خَلْقٍ عَلِيْمٌۙ 

Dia membuat perumpamaan bagi Kami dan melupakan kejadiannya. Dia berkata; “Siapakah yang dapat menghidupkan tulang belulang yang telah hancur luluh?”

Katakanlah; “Ia akan dihidupkan oleh Tuhan yang menciptakannya kali yang pertama. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk”

Allah memperlihatkan kekuasaanNya dengan menjadikan saudara kita sebagai perumpamaan agar bertambah keimanan dan ketakwaan kita . Marilah sama sama kita perbaiki amalan kita.. jangan kita sibuk dengan amaliyah orang lain. Tidak akan meningkat keimanan kita dengan sibuk memerhatikan amaliyah orang lain bahkan dikhuatiri sifat mazmumah seperti ghibah..riak..dan sombong semakin menebal
didalam hati sanubari kita.


Sepertimana yang terdapat didalam perkhabaran yang lalu.. Nabi Allah Khidr a.s dan Mursyid Ahmad Al-Makhfiy bukanlah seorang tabib..bukanlah seorang tukang tilik ataupun tok bomoh.. namun apa yang berlaku semuanya adalah diatas kekuasaan dan kehendak Allah SWT. Maka marilah kita muhasabah diri kita dan bersyukur diatas setiap sesuatu yang Allah kurniakan.


Sesungguhnya kemusyrikan diakhir zaman ini adalah mereka yang tidak tahu dan tidak pernah bersyukur diatas segala nikmat yang Allah kurniakan. Janganlah pernah ada prasangka yang buruk terhadap Allah walau sekecil biji sawi . Setiap sesuatu yang berlaku..sudah pasti mempunyai hikmahnya.


Sesungguhnya orang yang beriman kepada Allah dan rasulNya akan sentiasa mensyukuri setiap apa yang Allah kurniakan.. hatta rasa sakit sekalipun mereka tetap akan mensyukurinya kerana mereka tahu.. ianya adalah salah satu cara Allah menghakis dan menghapuskan dosa dosa mereka.


Perbanyakkanlah zikir dengan memuji akan kebesaran dan keagungan Allah agar hati kita semua menjadi tenang dan sabar dalam melakukan segala peribadatan kita.. tidak lupa juga untuk berselawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad Rasulullah صلى الله عليه وسلمyang mulia agar menjadi asbab syafaat daripada baginda.

إِنَّ ٱللَّهَ يَأْمُرُ بِٱلْعَدْلِوَٱلْإِحْسَٰنِوَإِيتَآئِذِىٱلْقُرْبَىٰوَيَنْهَىٰ عَنِ ٱلْفَحْشَآءِوَٱلْمُنكَرِوَٱلْبَغْىِ ۚ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ.

Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, berbuat kebajikan, dan memberikan bantuan kepada kerabat. Dia (juga) melarang perbuatan keji, kemungkaran, dan permusuhan. Dia memberi pelajaran kepadamu agar kamu selalu ingat.

Akhir kalam.. sebarkan kasih sayang sesama makhluk Allah.. dan. berakhlak dengan Akhlaqul Karimah yang dicontohkan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم semoga kita semua diredhai Allah. Sampaikanlah kebenaran.. walaupun ianya pahit.. dan janganlah di balas hinaan dan cemuhan masyarakat dengan hinaan dan cemuhan juga.. sebaliknya balaslah dengan senyuman dan doakan mereka agar Allah memberi hidayah kepada mereka semua.


Semoga Allah meredhai kita semua.. Amin ya Rabbal A’lamin..

اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎