Mimbar Jumaat 14 Februari 2025 bersamaan 15 Syaaban 1446
الحمدلله القائل
أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوا لِي وَلَا تَكْفُرُونِ ….
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدُا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ.
أَمَّا بَعْدُ.. فَيَا عِبَادَ اللّٰه، أُوْصِيْنِيِ نَفْسِيْ وَإِيَّاكُمْ بِتَقْوَى اللّٰه، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ
Jemaah Safinatus Syari’un yang dimuliakan Allah..
Marilah kita bersama sama mengucapkan kalimah syukur kehadrat Allah SWT di atas segala limpah kurniaNya dengan ucapan Alhamdulillahi rabbil ‘alamin sebagai tanda ucapan terima kasih dan syukur seorang hamba kepada Tuannya. Semoga dengan itu, dapat menambahkan lagi keimanan kita terhadap Sang Maha Pencipta kita..Allah Azza wa Jalla dalam segala peribadatan kita.. InsyaAllah.
Mimbar Jumaat memetik sepotong ayat Al-Quran dari surah Al Baqarah ayat 152
فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوا لِي وَلَا تَكْفُرُونِ
yang bermaksud.. “Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu)” …
Allah berfirman di dalam surah Al A’raf ayat 69
فَاذْكُرُوا آلَاءَ اللَّـهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Maksudnya: Maka kenanglah akan nikmat-nikmat Allah supaya kamu berjaya”.
Mimbar ingin mengingatkan diri sendiri dan juga para jemaah sekalian agar senantiasa mensyukuri akan segala nikmat yang Allah kurniakan samada disaat senang mahupun susah.
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا ۞ إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
“Maka sesungguhnya bersama dengan kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya besama kesulitan itu ada kemudahan.” (Al-Insyirah: 5-6)
Disamping kita mensyukuri akan segala nikmat yang Allah kurniakan… janganlah pula kita lupa untuk berterima kasih dan bersyukur kepada manusia yang telah membantu kita… dalam erti kata melahirkan perasaan terima kasih dan penghargaan di atas pertolongan yang telah diberikan. Berterima kasih kepada manusia atas kebaikannya menjadi kayu ukur buat seseorang itu apakah seseorang itu dapat bersyukur kepada Allah atau tidak atas segala nikmat pemberianNya.
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah ﷺ bersabda:
لاَ يَشْكُرُ اللَّهَ مَنْ لاَ يَشْكُرُ النَّاسَ
Maksudnya: “Tidak dikatakan bersyukur pada Allah bagi sesiapa yang tidak tahu berterima kasih pada manusia.” Riwayat Abu Daud (4811) dan al-Tirmizi (1954)
Begitu juga sabda Rasulullah ﷺ:
مَنْ صَنَعَ إِلَيْكُمْ مَعْرُوفًا فَكَافِئُوهُ ، فَإِنْ لَمْ تَجِدُوا مَا تُكَافِئُونَهُ فَادْعُوا لَهُ حَتَّى تَرَوْا أَنَّكُمْ قَدْ كَافَأْتُمُوهُ
Maksudnya:“Sesiapa yang telah berbuat kebaikan kepadamu, maka balaslah kebaikannya itu. Jika engkau tidak mendapati sesuatu yang dapat membalas kebaikannya itu, maka berdo’alah untuknya hingga engkau menganggap bahawa engkau benar-benar telah membalas kebaikannya.” Riwayat Abu Daud (1672)
Daripada Jabir R.A, Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ أُعْطِيَ عَطَاءً فَوَجَدَ فَلْيَجْزِ بِهِ ، وَمَنْ لَمْ يَجِدْ فَلْيُثْنِ ، فَإِنَّ مَنْ أَثْنَى فَقَدْ شَكَرَ ، وَمَنْ كَتَمَ فَقَدْ كَفَرَ
Maksudnya: “Siapa yang diberi pemberian maka hendaklah dia membalasnya dengan itu pula. Kalau tidak maka dengan memuji, sebab dengan memuji bererti telah bersyukur dan sesiapa yang menyembunyikan (kebaikan orang padanya) bererti dia telah kufur (nikmat)” Riwayat Abu Daud (4813) dan al-Tirmizi (2034)
Maka berdasarkan daripada ayat ayat Quran dan hadith yang telah kita bacakan maka dapat kita simpulkan bahawa bersyukur terhadap nikmat Allah berhubung kait dengan berterima kasih terhadap manusia ataupun makhluk Allah.
Allah Azza wa Jalla berfirman:di dalam surah Al Isra’ ayat 23
وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا ﴿٢٣﴾ وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا
Maksudnya: Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
Sewajarnya kita menjadi manusia yang tahu bersyukur dan berterima kasih kepada mereka yang telah banyak melakukan pelbagai kebaikan kepada kita terutamanya mereka dari kalangan ibu bapa, guru dan orang-orang yang banyak melakukan kebaikan kepada kita.
Kita semua mengetahui bahawa pemberi nikmat yang hakiki hanyalah Allah Azza wa Jalla manakala seseorang yang melakukan kebaikan adalah perantara untuk sampainya kebaikan tersebut.
Justeru untuk melahirkan tanda terima kasih kita kepada Nabi Khidr Balya bin Makan dalam menyampaikan berita langit kepada Mursyiduna Ahmad Al-Makhfiy lalu disampaikan kepada para jemaah Safinatus Syari’un .. kita akan melakukan tawasul buat Saidina Khidr pada hari Sabtu malam Ahad ini bakda Isya’ .. untuk sama sama kita secara berjemaah dan serentak samada yang berada di Indonesia.. Singapura.. Brunei mahupun di Malaysia.. membacakan Selawat Tawasul kepada Saidina Khidr.. InsyaAllah.
Ingatlah wahai saudaraku… seseorang yang sukar untuk berterima kasih pada manusia yang telah melakukan kebaikan padanya, maka sudah pasti dia juga sukar untuk bersyukur kepada Allah Azza wa Jalla.
Semoga Allah Azza wa Jalla mengurniakan kita ilmu dan kefahaman serta memberikan taufik agar kita mudah untuk bersyukur atas segala nikmat pemberianNya bersempena bulan Syaaban yang mulia sebelum datangnya Ramadhan yang penuh keberkatan.
إِنَّ ٱللَّهَ يَأْمُرُ بِٱلْعَدْلِ وَٱلْإِحْسَٰنِ وَإِيتَآئِ ذِى ٱلْقُرْبَىٰ وَيَنْهَىٰ عَنِ ٱلْفَحْشَآءِ وَٱلْمُنكَرِ وَٱلْبَغْىِ ۚ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ.
Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, berbuat kebajikan, dan memberikan bantuan kepada kerabat. Dia (juga) melarang perbuatan keji, kemungkaran, dan permusuhan. Dia memberi pelajaran kepadamu agar kamu selalu ingat.
Akhir kalam.. sebarkan kasih sayang sesama makhluk Allah.. dan. berakhlak dengan Akhlaqul Karimah yang dicontohkan oleh Rasulullah ﷺ semoga kita semua diredhai Allah. Sampaikanlah kebenaran.. walaupun ianya pahit.. dan janganlah di balas hinaan dan cemuhan masyarakat dengan hinaan dan cemuhan juga.. sebaliknya balaslah dengan senyuman dan doakan mereka agar Allah memberi hidayah kepada mereka semua.
Semoga Allah meredhai kita semua.. Amin ya Rabbal A’lamin..
اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ