Mimbar Jumaat 17 Januari 2025 17 Rejab 1446 hijrah
اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالْهُدَى وَدِيْنِ الْحَـقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُوْنَ، أَشْهَدُ أَنْ لَا اِلٰهَ إِلاَّ اللّٰه وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللّٰه، اَللّٰهُـمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اٰلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، أَمَّا بَعْدُ فَيَا عِبَادَ اللّٰه وخَاصَةً مِنْ جَمَاعَةِ سَفِينَةُ الْشَرِيعُون، أُوْصِيْنِيِ نَفْسِيْ وَإِيَّاكُمْ بِتَقْوَى اللّٰه، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ. وَقَالَ تَعَالَى يَا اَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا اتَّقُوْا اللّٰهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ. صَدَقَ اللّٰهُ الْعَظِيمْ.
Sidang Jemaah Safinatus Syari’un yang dimuliakan Allah.. Bersempena bulan Rejab.. bulan yang dimana berlakunya peristiwa besar.. iaitu Isra’ dan Mi’raj.. marilah kita renungkan bersama dan mengambil ibrah dan pengajaran kerana sesungguhnya sunnatullah itu akan sentiasa berulang dan berulang.. maka beruntunglah mereka yang berfikir.
وَقَالَ تَعَالَى وَمَا كُنَّا مُعَذِّبِینَ حَتَّىٰ نَبۡعَثَ رَسُولࣰا
Dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah). (AlIsra’15)
Dunia kini sudah kembali ke zaman jahiliyyah.. jahiliyyah disini bukanlah bererti tidak berilmu sama sekali.. akan tetapi jahiliyyah disini membawa erti hati yang telah tertutup dari hidayah Allah.. dari cahaya petunjuk ajaran agama Islam yang di bawa oleh Rasulullah ﷺ . Berlakunya perbuatan yang pernah di azab Allah Azza wa Jalla iaitu kaum Nabi Allah Nuh a.s. Golongan ini (LGBT) tiada lagi rasa malu terhadap masyarakat.. malah ada dikalangan pemimpin negeri dan negara yang turut bersekongkol dengan mereka.
Sesungguhnya Jazirah Arab telah dihapuskan segala bentuk kesyirikan dan kemaksiatan.. samada patung berhala dan juga perbuatan maksiat yang dilaknat oleh Allah di zaman Rasulullah dan para sahabat. Namun ianya kembali ke zaman jahiliyyah dengan terbinanya kuil Hindu yang besar di UAE. Berlakunya pesta seks disana dan mereka berbangga dengan perbuatan mereka. Mereka mempersendakan Kaabah dengan membina bangunan seperti Kaabah dan mereka tanpa segan silu melakukan perkara maksiat dengan mengadakan pesta disitu. Begitu juga dengan negara yang mempelopori LGBT iaitu Amerika Syarikat.. malah mereka menjadi trend setter ataupun penentu tren untuk diikuti oleh negara-negara lain. Apakah mereka mengira azab yang Allah turunkan kepada mereka baru-baru ini sekadar kebetulan sahaja disebabkan oleh fenomena alam? Tidakkah kita menjadi saksi mata diatas azab yang Allah Azza wa Jalla turunkan keatas mereka di negara Uncle Sam…yang mana selama ini kita hanya mendengar kisah dari zaman lampau bila mana Pompeii dihancurkan oleh Allah dengan ledakan gunung berapi Vesuvius selama 2 hari tanpa henti. Sunnatullah itu pasti akan berlaku hinggalah datangnya Yaumul Qiyamah. Apakah kita mengira azab Allah tidak akan ditimpakan kepada negara kita? Sedangkan aktiviti dan kegiatan LGBT berlaku dengan berleluasa tanpa ada usaha dari kita untuk menghalangnya dan mencegahnya?
وَإِذَاۤ أَرَدۡنَاۤ أَن نُّهۡلِكَ قَرۡیَةً أَمَرۡنَا مُتۡرَفِیهَا فَفَسَقُوا۟ فِیهَا فَحَقَّ عَلَیۡهَا ٱلۡقَوۡلُ فَدَمَّرۡنَـٰهَا تَدۡمِیرࣰا
Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya. (Al-isra’ 16)
Berapa banyak perkhabaran yang telah kita sampaikan..dalam pelbagai bahasa..dalam pelbagai variasi .. namun mereka merasakan bahawa ianya adalah satu hayalan dari tukang sihir.. ataupun dari orang gila malah ada juga yang di gelar tukang mabuk. Tugas kita tidak lain hanyalah penyampai dan menyampaikan yang Haq.. adapun urusan hidayah itu milik Allah.
وَكَمۡ أَهۡلَكۡنَا مِنَ ٱلۡقُرُونِ مِنۢ بَعۡدِ نُوحࣲۗ وَكَفَىٰ بِرَبِّكَ بِذُنُوبِ عِبَادِهِۦ خَبِیرَۢا بَصِیرࣰا
Dan berapa banyak umat-umat yang kami telah binasakan sesudah zaman Nabi Nuh; dan cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui lagi melihat akan dosa-dosa hambaNya. (Al-isra’ 17)
Semua kita telah diberikan amanah..maka laksanakanlah dengan sebaiknya.
اَحَسِبَ النَّاسُ اَنْ يُّتْرَكُوْٓا اَنْ يَّقُوْلُوْٓا اٰمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُوْنَ
Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji?
Setiap dari kita perlu berusaha untuk mencegah kemungkaran ini.. janganlah kita hanya memandang kemaksiatan didepan mata kita dan berharap ianya akan selesai dengan sendirinya..marilah kita hayati nasihat dari Nabi Allah Khidr as. “Tidaklah sama seseorang yang bercocok tanam di sebuah ladang lalu di sore hari ia merasa penat dan lelah lalu hilang penat dan lelahnya ketika masa panen tiba, dengan orang yang berjalan dari kamar tidurnya menuju jendela, lalu ia merasa puas dengan hanya memandang ladang yang subur dan gunung yang indah sedangkan ia tidak bercocok tanam dan mengurus ladang-ladangnya melainkan hanya sedikit saja, lalu menginginkan hasil panen yang besar, begitulah perumpamaan orang-orang yang berjuang di jalan Allah, dengan orang-orang yang panjang angan-angannya lalu menginginkan syurga.
Apakah selama ini kita sudah menzahirkan rasa bersyukur kepada Allah Azza wa Jalla? Apakah nikmat yang kita terima selama ini telah digunakan untuk perkara kebaikan atau keburukan? Apakah ianya digunakan untuk beribadah atau berbuat dosa? Apakah nikmat tersebut membuat kita semakin dekat dengan Allah atau malah semakin jauh? Tepuk dada tanyalah Iman didada..
Merenung sejenak, mengingat betapa banyaknya nikmat Allah yang telah Allah kurniakan dan seberapa banyak yang baru bisa kita syukuri? Karena Allah ta’ala berfirman:
ثُمَّ لَتُسْأَلُنَّ يَوْمَئِذٍ عَنِ النَّعِيمِ
Kelak pada hari itu kamu akan ditanya tentang semua nikmat yg pernah kamu terima.
Adapun acara Khutbah Akhir Zaman akan berlangsung kurang dari seminggu.. maka marilah kita sedaya upaya untuk menghadirkan diri hatta walaupun terpaksa merangkak diatas salji.. kerana sesungguhnya ini adalah hajat baginda Rasulullah ﷺ . Dan didalamnya ada perintah dari langit.. maka sesiapa yang tidak mempedulikan dengan sengaja tanpa ada uzur syarie..maka kelak sudah pasti mereka akan berurusan dengan langit. Sebagaimana yang disampaikan oleh Mursyid kita Ahmad Al-Makhfiy bahawa sesungguhnya Nabi Allah Khidr as berkata: “acara KAZ adalah hajat Rasulullah, dan didalamnya ada Perintah langit , kalau tidak peduli.. ya urusannya dengan langit “ Tetaplah istiqomah dijalan Allah dan berakhlak mulia dengan Akhlaqul Karimah yang dicontohkan oleh baginda Rasulullah dan bersabarlah diatas segala ujian dan tohmahan. Janganlah kita disibukan dengan memerhatikan amaliyah orang lain..ada baiknya kita melihat kekurangan diri kita dan memperbaiki dengan bersungguh sungguh.
بَارَكَ الله لِيْ وَلَكُمْ فِي الْقُرْآنِ الْكَرِيْمِ، وَنَفَعَنِيْ وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الْآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ. أَقُوْلُ قَوْلِيْ هذا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ مِنْ كُلِّ ذَنْبٍ، فَاسْتَغْفِرُوْهُ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ
Allahuakbar
Allahuakbar
Allahuakbar…!!!!
Walau saya tak dpat izin suami,jiwa sya akn smpai dsna.cuti sya un KAZ d awalnya sy tak kan btalkan. In sha Allah d sini sya akn abadikan jasad d malaysia roh d Parong.