mimbar jumaat

Mimbar Juma’at – Madrasah Ramadhan

31 Januari 2025 | 01 Syaaban 1446H

Mimbar Jumaat – Madrasah Ramadhan

اَلْحَمْدُ ِللهِ جَعَلَ رَمَضَانَ شَهْرًا مُبَارَكًا، وَفَرَضَ عَلَيْنَا الصِّيَامَ لِأَجْلِ التَّقْوٰى. أَشْهَدُ أَنْ لَاۧ إِلٰهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ . اَللّٰهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلٰى سَيِّدِنَا مَحَمَّدِ نِالْمُجْتَبٰى، وَعَلٰى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَهْلِ التُّقٰى وَالْوَفٰى أَمَّا بَعْدُ

فَيَاأَيُّهَا الْمُسْلِمُوْنَ! وَخَاصَةً الجَماعَةً سَفينَةُ الشَّرِيعُون أُوْصِيْكُمْ وَنَفْسِيْ بِتَقْوَى اللهِ وَطَاعَتِهِ فَقَدْ فَازَ مَنِ اتَّقَى. فَقَالَ اللهُ تَعَالٰى فِيْ كِتَابِهِ الْكَرِيْمِ : أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ، بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ يَاۤأَيُّهَا الَّذِيْنَ ءٰمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُوْنَ

Jemaah AsSyari’un yang dimuliakan Allah dan Rasulullah..

Kini kita berada di bulan Syaaban.. bulan yang dimuliakan Allah..iaitu bulan yang kelapan didalam kalendar hijrah.. maka selepas ini kita akan memasuki bulan yang penuh keberkatan..bulan Ramadhan..bulan yang didalamnya terdapat amalan yang menyamai seribu bulan atau lebih dikenali dengan lailatul qadar..

Maka disini marilah kita sama sama melihat dan mempelajari apakah maksud tujuan dan tuntutan sebenar Ramadhan itu sendiri.. yang mana ianya merupakan satu madrasah bagi kita semua umat Rasulullah ﷺ . diakhir zaman ini.

Selama ini kita semua menumpukan amal ibadah kita dan meningkatkan amalan kita hanya di bulan Ramadhan.. sedangkan kita lupa akan firman Allah diakhir ayat tersebut..moga moga kamu bertaqwa..

Marilah bersama sama kita tadabbur dan tabayyun akan firman Allah ini..

‎يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

” Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. ”

Surah al-Baqarah Ayat : 183

Secara literalnya atau secara dasarnya kita memahami bahawa kewajipan berpuasa itu telah difardukan keatas orang yang terdahulu sebelum umat Rasulullah..maka dengan itu kita menjadi manusia yang bertaqwa.

Diakhir ayat tersebut Allah mengatakan.. semoga kamu bertaqwa.. maka apabila dengan ibadah yang kita lakukan di bulan Ramadhan tersebut, Allah mengatakan dengan harapan.. moga moga kita semua akan menjadi insan yang bertaqwa. Dalam erti kata lain dengan berlalunya bulan Ramadhan..kita semua akan menjadi insan yang bertaqwa.. maka jelaslah disini.. bahawasanya..bulan Ramadhan itu sendiri adalah satu madrasah buat umat akhir zaman yang mana ianya adalah satu institusi atau boleh juga kita katakan satu Madrasah mahupun Universitas yang mana setelah kita lulus dan tamat ujian di madrasah tersebut..adakah sijil yang kita perolehi kita gunakan untuk tujuan yang betul.. samada kita gunakan untuk kelangsungan hidup kita atau sekadar cukuplah aku sudah mempunyai sijil?

Begitu jugalah dengan maksud ayat semoga kamu bertaqwa.. apakah selepas kita selesai menjalani Madrasah Ramadhan dan beroleh ketakwaan.. apakah kita akan gunakan ketakwaan kita itu untuk menjalani sebelas bulan yang mendatang.. ataupun setelah berakhirnya bulan Ramadhan kita menjalani kehidupan seperti biasa tanpa kita mempraktikkan apa yang kita pelajari sepanjang di Madrasah Ramadhan.

Sesungguhnya hikmah yang tersembunyi di bulan Ramadhan itu cukup banyak dan tidak terhitung..kerana puasa adalah merupakan Rahsia antara hamba dan Allah Azza wa Jalla.

Jemaah AsSyari’un yang dimuliakan Allah dan Rasulullah..

Dengan kita mempraktikkan apa yang kita pelajari di Madrasah Ramadhan.. sebagaimana yang kita lakukan di bulan tersebut seperti dengan perbanyakkan bersedekah.. membaca Al-Quran.. membantu fakir miskin.. memberi makan kepada anak yatim.. berpuasa sunat demi mengawal nafsu.. sudah pasti masyarakat akan hidup dalam keadaan harmoni.. inilah yang dipraktikkan oleh sahabat Rasulullah dengan mencontohi Akhlaqul Karimah.

قُل أَطيعُوا اللَّهَ وَالرَّسولَ ۖ فَإِن تَوَلَّوا فَإِنَّ اللَّهَ لا يُحِبُّ الكٰفِرينَ

Katakanlah (wahai Muhammad): “Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir.

Saya menyeru diri saya dan para jemaah sekalian agar marilah kita jadikan Ramadhan sebagai sebuah Madrasah untuk kita praktikkan di sebelas bulan yang lain. Bersama sama kita zahirkan apa yang kita pelajari dan lalui di bulan Ramadhan untuk bulan yang seterusnya. Semoga dengan itu kita menjadi hamba Allah yang bertaqwa.

Maka apabila kita memasuki Madrasah Ramadhan yang seterusnya.. maka semakin bertambah lagilah ketaqwaan kita terhadap Allah Azza wa Jalla. Inilah yang seharusnya kita praktikkan apabila tamat kuliah di Madrasah Ramadhan.. Janganlah kita lakukan yang sebaliknya.. merasakan Madrasah Ramadhan sebagai salah satu beban bagi kita apabila hampir tamat kuliah dengan memikirkan baju raya yang hendak dibeli.. dengan sibuk membuat kuih raya..sedangkan kita tidak mengambil hikmah dan pelajaran dari apa yang telah kita praktikkan selama di Madrasah Ramadhan.

Saudaraku yang dikasihi dan dimuliakan Allah dan Rasulullah..

Sesungguhnya memegang amanah Allah itu bagaikan berjalan di atas bara api dibawah terik matahari. Maka sudah pasti ujian .. hinaan dan mehnah akan kita hadapi..maka bersabarlah dalam menghadapi segala hinaan tersebut.. balaslah dengan kasih sayang dan tunjukkan akhlak yang mulia iaitu Akhlaqul Karimah.. moga moga dengan itu Allah menjadikan kita hamba yang bertaqwa dalam menuju cinta dan Redha Allah.

Janganlah kita berdebat akan hal yang tidak sepatutnya seperti bacaan niat puasa dan juga doa berbuka puasa. Lakukanlah sebagai mana yang Nabi Allah Khidr ajarkan sewaktu berbuka puasa semoga dengan itu bertambah keberkahan dalam peribadatan kita semua.

Sekiranya kita melakukan qiamullail di bulan Ramadhan.. melakukan amalan sedeqah..membaca Al-Quran..maka teruskanlah amalan tersebut di bulan bulan yang seterusnya moga moga Allah menjadikan kita hambaNya yang diRedhaiNya..

Wallahu Ta’ala ‘Alam