NASIHAT KI AGENG BUWONO KELING (RAJA WENGKER/MBAH KELING)
-ZAID TSABIT ASSYARIUN-
Ki Ageng Buwono Keling, penguasa Wengker Kidul pesisir selatan Kabupaten Pacitan, Jawa Timur, meninggal dunia sekitar tahun 1400-an silam.
Sewaktu hidupnya dahulu, beliau adalah murid kepada Syeikh Siti Jenar. Beliau adalah rakyat biasa dan sering dihina masyarakat sehingga dalam mengikuti Malamatiyyah gurunya, beliau diangkat menjadi seoarang raja setelah 30 tahun kehadapan, seorang raja berjiwa rakyat dan mendapat Syahid. Meskipun ramai yang beranggapan beliau mati sebagai seorang penganut Budha dan tidak menerima Islam, itu tidak benar sama sekali.
Beliau syahid dalam sebuah peperangan dan tubuhnya di belah tiga namun tercantum kembali. Melihat keanehan itu, pihak musuh memisahkan jasad beliau dan di tanam berasingan. Inilah karomah beliau yang mendapat kemuliaan dari Allah kerana ketaatan pada gurunya, meskipun tidak hebat dalam amaliah ibadah, beliau menjadi murid kesayangan gurunya.
Mari kita telusuri nasihat beliau kepada Assyariun, beliau berkongsi pengalamannya menjadi pengikut perjalanan Malamatiyyah.
Kata beliau, “Jalan malamatiyyah, walaupun diam dan senyuman si Malamatiyyah, namun yang di langitnya berbicara”.
Katanya lagi:
“Jalan menuju Allah pelbagai cara. Misalan jalan tol tapi berbayar, jalan kampung tapi banyak yang rosak, jalan biasa namun banyak macet/kesesakkan”. (Semuanya sampai kedestinasi.) “Malamatiyyah memiliki ketiga-tiga jalan ini, walaupun hanya sekadar dengan diam atau senyum dari si Malamatiyyah”(apabila kita meminta pandangan atau mendapat nasihat dari si Malamatiyyah).
Mudahan semua ahli assyariun mendapat kecintaan Allah dan Rasulnya dan diampunkan segala dosa.