Pesanan Ahmad di Majlis Haul Assyariun 2025

Pesanan Ahmad di majlis Haul Assyariun 2025

Ada khabar terbaik, iaitu sampai saat ini, musuh² Allah di barat sana, akan Allah hancurkan. Dan jemaah Safinah Syariun mudahan menjadi pejuang yang ghaib, iaitu melalui doa-doa terbaik.

Berdoalah semoga istiqamah. Bangun tidur sujudlah kepada Allah, hanya kepada Dialah kita menyembah dan mengabdikan diri. Apapun yang kita mahukan dan minta, hanya Dia yang akan menjawab dan memberikan. Semoga pertemuan ini bukan yang pertama dan terakhir tetapi berterusan selamanya hingga ke hari akhirat.

Assyariun akan menjadi pembuka jalan persaudaran antara Indonesia dan Malaysia. Anak cucu di dalam Assyairun walaupun mereka pergi ke Malaysia mereka merasakan seperti pulang ke tanah air mereka. Begitu juga anak cucu dari Malaysia.

Meraih syahid itu, bermula dari rumah kita. Belajarlah menahan sabar dan ikhlas dalam mengurus anak-anak dan pasangan, termasuk juga bila berdepan sikap jiran disekitar rumah kita.

Usah pedulikan jika ada yang mengeji dan menghina Ahmad, kerana Rasulullah juga pernah dihina namun baginda diam. Kita pasrahkan diri kepada Allah. Biarkan Allah sendiri yang menghukum dengan caraNya.

Tunjukkan Akhlakul karimah dalam Assyariun. Istiqamahlah dengan sekurangnya bertegas hati menolak kemaksiatan, sekecil-kecil contoh, iaitu dengan menahan perkataan buruk terkeluar dari lisan kita.

Abah Ahmad amat meminta para jemaah mendoakan beliau dan keluarganya (agar diberi kekuatan, kesihatan, istiqamah dan semangat) dalam menjalani perintah Allah, supaya terbukanya pintu rezeki, keberkatan, dan ketenangan batiniah dalam perjuangan.

Ajarilah anak² kita dengan ilmu syariat yang semakin hilang. Jauhi dari mendengarkan dan melihat ajaran tauhid yang menyimpang dan tidak jelas.

Akhir kalam, Abah Ahmad mengatakan bahawa Nabi Khidr menyampaikan bahawa “kamu hanya menumpang keberkahan dari orang-orang yang ada dalam Assyariun, dan haram bagiku berjumpa denganmu wahai Ahmad jika tanpa izin Allah”. Abah Ahmad menutupi kalamnya dengan menyatakan, apa yang di sampaikan adalah bukan khabar dari beliau tapi khabar dari Allah, bukan kalam darinya tapi kalam dari Allah, bukan perbuatannya tapi perbuatan dari Allah.