RIBA DALAM PERNIAGAAN

RIBA DALAM PERNIAGAAN
-Zaid Tsabit Assyariun-

  1. Secara asasnya ada beberapa riba yang biasa kita pelajari.
    • Pertama: Riba hutang, iaitu dengan meminta bayaran lebih dari jumlah sebenar hutang.
    • Kedua: Riba pertukaran sesama barangan ribawi. Iaitu EMAS, PERAK, KURMA, BARLI, GANDUM, & GARAM. Contoh: Menukar emas gred 916 denga 999 sebanyak 3 gram berat yang sama. Jika membeli emas dgn mata wang, maka bayarannya on the spot tanpa tangguh.
  2. Seterusnya sebagaimana diterangkan mursyid Ahmad, bahawa selain riba di atas, perniagaan atau perkhidmatan lain juga boleh terlibat dengan riba JIKA STATEMANT KHASIAT/ADVANTAGE BARANGAN atau PERKHIDMATAN YANG KITA JANJIKAN KEPADA CUSTOMER ADALAH PALSU. Tujuan pelbagai janji ke atas produk yang dijual, untuk meletakkan harga tinggi namun tidak sesuai janji. Maka keuntungan dari amalan itu adalah riba. Jualannya itu menekan dan menipu pengguna kerana mahal dan tidakĀ berkualiti.